Monday, March 30, 2009

Hari2 yg meletihkan tp enjoy!~

28th March 2009

Sabtu Pagi - aku terpaksa bangun awal kerana kolejku mengadakan gotong-royong. Mula pukul 8.30 pagi. Ketika gotong-royong, geng2ku x dapat menghadirkan diri atas sebab mereka ada discussion di fakulti pada ketika itu. Jadi aku mengikuti Asiah (romate) ke mana saja dia pergi. Pada awalnya, orang2 sekeliling memandang pelik padaku. Mungkin kerana tidak pernah melihat aku sebelum ini. Sebab aku baru masuk kolej nie pada sem 2. Agak janggal apabila diri menjdi perhatian (ahakss!), tapi lama2 aku sudah biasa. (aku tidak tipu, itu adalah hakikat!)

Sabtu malam - dinner Kolej Idris Al-Marbawi (KIAM). Dinner yang agak sempoi dengan tema pakaian kasual dan smart. Pelbagai makanan dihidangkan macam nasi goreng, ayam bakar, ikan bakar, kambing bakar, hotdog bakar, buah2an dan lain2 lagi. Memang dinner yang betul2 sempoi! Tak ada protokol, MC pon cakap main2, Pengetua kolej yg seperti jurukamera, persembahan yg ada kalanya tak bersedia..Tapi aku enjoy sume itu. Betul2 enjoy. Selain itu, istimewanya dinner ini ialah ia disertai oleh pelbagai warganegara. Ada dari Iran, Livia, Syria, China, Jepun, Acheh dan sebagainya. Kolej ini memang punyai student dari pelbagai negara. Kebanyakkannya adalah student Master dan PhD. Malam yg enjoy. Aku juga sempat mengusya YDP kiam, iaitu Abg Nizam. (thanks Siah!~)

29th March 2009

Ahad tengahari - bertolak dari Bangi ke Klang utk menghadiri majlis perkahwinan kakak kepada kak Shikin (x-opismate at GIA). Makan makanan yg sedap di sana, seperti nasi beriyani, kari daging, ayam bakar, papadum, lemak nangka (kot?) etc. Tak sempat jumpa dgn GIA-mate sbb kebanyakkan dorang x datang. En Zizan plak dah balik ketika kami sampai.
Sebelum balik Bangi, kami singgah di rumah Alia. Mak Alia memang sempoi. Begitu juga adiknya, Keyla. Seronok melihat mereka sekeluarga bermesra2an. Kelakar terutamanya mak Alia =D

Ahad petang - pergi ke Giant Shah Alam utk mengambil cheese kek dr mama_elin. Janji dgn mama_elin pukul 5, tapi nampaknya mama_elin mengalami sedikit kesulitan utk hantar pada pukul 5. Jadi diposponekan pada jam 6. Sementara itu, kami pergi bershopping dalam Giant. Tepat jam 6, mama_elin pon sampai. Mama_elin sangat cantik orangnya. Sweet dan body masih mantap w/pun sudah mempunyai 4 org anak. Cheese kek mama_elin kami makan sebaik saja sampai ke Bangi.

Ahad malam - pukul 9pm kuar dari kolej utk makan Sate Kajang Hj Samuri di Kajang. Makan sate bersama geng2 bola MM. Goon mesej aku kul 8.59 mengatakan dia dah nak sampai ketika aku baru melangkah keluar dr kolej. Tup2 bila aku dah sampai ke Sate Kajang, dia belum kelihatan lg. Sesat rupanya. Chelsqi (president aku di MM) sudah lama sampai di situ bersama isterinya. Kami berbual seketika sebelum Pomist, isterinya (Kak Fina) dan Goon tiba. Makan2, borak2 dan makan2 lagi. Kak Fina sangat comel orgnya. Kak Fina sedang mengandung 4 bulan. W/pun tengah mengandung, dia tetap peramah. 1st time jumpa Kak Fina tapi dia suka berbual. Wife Chelsqi pula, Kak Mimi cute orangnya. Suka tengok Kak Mimi. Seronok berbual dgn kak Fina dan kak Mimi. Kelakar pon ade. Aku juga ada join President2 kelab MM berbual. Ada 3 org prez MM, Pomis (Prez Manu), Sqi (Prez Chelsea) dan Goon (Prez Ars) ketika itu. Bertuah plak rasanya apabila dapat makan bersama mereka, sedangkan aku hanya ahli biasa sahaja. Dah 1 jam lebih berada di sana, masa untuk pulang. Terima kasih pada Chelsqi kerana sudi membayar utk meja sebelah, aku pula membayar utk meja aku. Aku memang sudah berjanji utk belanja Prez Ars sbb dia banyak tolong aku. Tapi tak sangka ramai prez yg datang. Segan seyy. Aku enjoy makan bersama mereka, tapi aku agak keletihan sbb dari pagi aku tak rehat. Sbb tue aku tak banyak bercakap (alasan, heh!). Sampai2 di kolej pukul 11.15pm, terus sambung buat assignment Strategic sampai pukul 4 pagi. Hari2 yang letih tapi enjoy!~

0 comments: