Monday, September 27, 2010

HoLiDAY~

Hey, what's up? =D

Lately nie, been busy jer.. Since last week, x de rehat sangat.. Last week g bercuti2 mesia ke Johor & Kuantan. Pergi dgn my bff, Alia, with En Iman & his lovely family (Kak Ayu, Aina & Zaki).. Actually En Iman kena wat audit kat sane, pastu aku n alia pon saje nk menyebuk huhu.. almaklumlah, x penah jejak kaki ke JB nie.. :D

Seriously, sangat happy pergi bercuti!~ Asek makan je sepanjang bercuti... Makanan2 yg direcommendkan pon SANGAT MARBELES! diulangi, MARBELESS! nie antara makanan2 yg sempat singgah dalam perut aku sepanjang percutian 4 hari 3 malam tersebut :

mee bandung udang special (Pasir Gudang, Johor)

breakfast in Doorsett Hotel


breakfast in Doorsett Hotel
Chamek Kopitiam, JB
bandung + cincau = bancau (Chamek Kopitiam)

mee goreng (Chamek Kopitiam)

Rojak (JB)

Nasi Goreng Kampung (JB)

Terminal Satay Zul (Kuantan)

nasi himpit n kuah kacang

satay daging

satay ayam

 nasi kerabu 

 nasi minyak

nasi kukus + ayam dare, Teluk Cempedak, Kuantan

nasi kukus + ayam dare, Teluk Cempedak, Kuantan



Perghh, sape yg tahan kan dapat makan makanan yg marbeless spt di atas.. :D
Siyes, mmg sedap sangat makanannye.. Alhamdulillah, dapat juga merasa makanan yg sedap macam nie =)
InsyaAllah, next time kalu pergi Johor & Kuantan lg, tempat2 nie sume pasti akan disinggahi..
Sebelum balek KL, sempat jumpa pemain Chelsea, Frank Lampard di tepi highway..

 ohh...lampard =D

Monday, September 13, 2010

SYUKUR...

Alhamdulillah...

Syukur pada-Mu Ya Allah..
Hatiku semakin tenang..

Tiada lagi perasaan yg wujud.. Mungkin aku merasa sedikit kehilangan kerana boleh dikatakan hampir setiap hari berhubung.. Namun perasaan sayang lebih drpd kawan sudah tidak wujud lg. Perasaan padanya sudah mati.. Dan disebabkan itu, aku boleh berhadapan dengannya dengan hati yg tenang.. Perasaan geram dan marah kerana dipermainkan masih wujud, tapi aku sentiasa berdoa semoga aku dapat memaafkan segala kesalahan yg telah dilakukan. Mungkin betul kata org, kite perlu memaafkan seseorg, tanpa menyimpan dendam, barulah hati kita akan tenang. Semoga dugaan ini cepat2 berlalu, supaya aku tidak perlu memikirkannya lagi. Hidup perlu diteruskan, aku dah nekad untuk tutup buku tentang kisah ini, dan bersedia hadapi cabaran kehidupan yg baru. Semoga aku dpt menjadikan dugaan ini sebagai 1 pengajaran untukku di masa depan. Terima kasih kerana memberikan kebahagiaan padaku walaupun sekejap dan mungkin kebahagiaan itu hanyalah lakonan semata2 olehnya, tapi padaku, aku tetap bersyukur mengenalinya dan semoga jalinan persahabatan tidak akan terputus di sini.. Dari awal lagi niatku untuk berkawan adalah ikhlas tanpa mengharapkan apa2 balasan.. Sesungguhnya Allah Maha Adil, dan aku pasti dugaan yg diberikan ini pasti ada rahmat yg tersembunyi di sebaliknya..

P/s : adakah perasaan padanya benar2 cinta? Atau hanya suka semata2? Aku pun tak tau kenapa aku sekuat ini. Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku hati yg sekuat ini. InsyaAllah aku tidak akan mensia2kan kurniaanMu ini. Hanya kepada yg layak shj akan kuberikan hati ini.. Aku sayang hatiku.. Syukur pada-Mu Ya Allah.. =)


P/s : jiwang karat! =P

Thursday, September 9, 2010

Feel My Soul

"My soul feels like it's fading away.. I've always believed someone will save me, But using my own legs, I'll just be myself. Goodbye my weakness and my sorrow, I'll find the courage within me. From here on out, I'll hold that shining future in my hands...."

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan utk menempuhi semua ini.. Aku menyakini bahawa setiap ujian dan dugaan yang diturunkan oleh-Mu pasti ada rahmat di sebaliknya. Aku mohon dikuatkan semangatku semoga aku tak berputus asa dengan dugaan-Mu Ya Allah..Amin..


// Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin.. =D

Friday, September 3, 2010

I Miss Them...

Rindunye kat Abg Usop, Abg Mael, Ayim & No...
Dorang sume jauh2.. Abg Usop kat Ampang, Abg Mael kat UK, Ayim kat Seri Kembangan, No plak kat Puncak Alam. Aku plak sorang2 je kat umah dgn mama & abah... Rindu sangat kat dorang semua..Lebih2 lagi time2 tgh down macam nie.. =(

Nampaknya raya tahun nie pon ahli keluarga kami masih x cukup korum.. masuk nie dah 4 tahun Abg Mael x balik raye kat sini..Last dia beraya kat sini pon masa tahun 2006.. sejak tue kitrg x penah amek gambar masa rayer..sbb x cukup korum.. Bilalah agaknya raye kami akan cukup korum? Rasenye tahun depan InsyaAllah, barulah kat umah tue cukup dgn 5 beradek yg berbagai perangai.. Dah lama umah tue x bising dgn suara2 ktorg.. lebih2 lagi suara aku yg asek bergaduh dgn Abg Mael..huhu.. Mmg sejak kecil lg, aku mmg x ngam dgn dia.. Ade je bende yg bley membuatkan kitrg bergaduh.. Rasanye rekod pergaduhan yg paling banyak antara kitrg adek beradek masih dipegang oleh aku & Abg Mael.. huhu  :D

Tak sabar nk tunggu raye tahun nie..W/pun x cukup korum, tp aku nk sangat umah tue dipenuhi dgn sore2 dorang.. Rindu sangat kat dorang.. Mama ngan abah mesti gembira anak2 dia balik umah lama2.. =)

=)

Thursday, September 2, 2010

Give Up

Ya Allah..

Kembalikanlah aku kepada setahun yg lepas..
Waktu di mana aku x perlu memikirkan ttg masalah yg sedang aku hadapi sekrang,
Waktu di mana tiada ape2 pon yg dpt merunsingkan aku..
Waktu di mana hanya terdapat perkataan "kerja, kerja, kerja" di kepala aku..
Waktu di mana aku terlalu busy sampaikan tiada ape yg mampu mengganggu pikiran aku selain drpd kerja..
Waktu di mana aku mampu utk bertahan sendirian, mampu utk hidup sendiri tanpa mengharapkan bantuan org lain,
Waktu di mana aku x perlu mengenali 2 insan ini,
Waktu di mana aku x perlu mengecewakan hati seorg insan yg aku sayang,
Waktu di mana insan yg aku sayang x perlu menanggung derita yg amat memeritkan, 

Waktu di mana peristiwa pertama dan kedua ini tak mungkin akan terjadi ketika itu,
Waktu di mana aku kuat, aku menjadi diri aku sendiri,

Waktu di mana aku boleh bercakap mengenai cinta dan kasih sayang tanpa melibatkan ape2 perasaan, w/pun ketika itu aku belum pernah merasainya lagi..
Waktu di mana aku boleh bergelak ketawa tanpa perlu menyakitkan hati siapa2..
Waktu di mana kehidupan aku bahagia, tanpa tersepit dan terperangkap antara 3 hati...


Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, seandainya dapat diputarkan masa kembali, 
Aku rela memilih setahun yg lepas.. 

Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah merencanakan yg terbaik untukku..

Aku yakin dengan sepenuh jiwa qada' dan qadar' yg Engkau telah tentukan..
Tapi aku hanya manusia lemah, yang sentiasa mengharapkan belas kasih-Mu..
Mengharapkan supaya keadaan setahun yg lepas itu akan datang kembali..
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu..
Makbulkanlah permintaanku..Aku tak sanggup utk melukakakan hati sesiapa lagi..
Biarkanlah aku hidup gembira sendirian, sama seperti keadaan setahun yg lalu...
Ya Allah, Ampunkanlah dosaku Ya Allah..