Aktiviti : JOMM! 2gather-gather di Pantai Timur
Tarikh : 26hb Feb - 28hb Feb 2010
Masa : 6.45 am (26/2) - 12.15 am (1/3)
Peserta : 1 ) Encik Iman & family (Kak Ayu, Badrishah, Zaki)
2 ) Encik Bakar & family ( Pn Linda, Inas, Syafik)
3 ) Kak Yana & family ( Abg Zahari, Zahra)
4) Kak Siti, Natrah, Alia, Sheila
5) Asyrani, Anis
Acara dimulakan dengan aktiviti berkumpul di tepi tol Bukit Raja pukul 7am hari Jumaat tue.
4 buah kereta berkonvoi dari Klang, manakala sebuah lagi kete "tersesat" p tunggu kat tol gombak -_-
Pit stop pertama kami (tak termasuk petronas dan shell) adalah breakfast di Medan Selera Genting Sempah.
Namun begitu, hanya 4 buah kereta saja yang singgah di Medan Selera tersebut, disebabkan kerana sebuah kereta lagi, iaitu kete En Bakar & family dah terlepas ke depan. Maka, makanlah kami semua tanpa ditemani oleh En Bakar dan family -_-
Setelah perut diisi dengan heavy breakfast, bergeraklah kami ke Gambang. Sempat jumpa En Bakar dan family kat R&R Maran sebelum bergerak beramai2 ke Gambang.Sebelum ke Kuantan, kami bercadang untuk rehat2kan minda dan fizikal di Bukit Gambang Resort City (BGRC). BGRC nie lebih kurang cam sunway lagoon, cuma bezanya ia terletak berhampiran Kuantan, Pahang, dan harga masuknye lebih murah, iaitu hanya RM19.90 untuk dewasa dan RM12.90 untuk kanak2. Yang bawah 90cm, FOC.
masuk2 je trus bergambar..Alia dan Kak Ayu punyelah excited sampaikan x sempat pun nk posing ;))
(sila fokus pada tangan mereka berdua :D)
2nd take baru menjadi =)
coco beach
sebahagian drpd BGRC
penyeri BGRC pada hari tersebut
penguin pon kena kerja hari tue...
Sempat main2 di Glacier River
Jelas tergambar seribu kegembiraan pada wajah Kak CT, Inas dan Alia
Selain dr tempat2 di atas, ada banyak lagi tempat menarik di BGRC nie. Antaranye termasuklah 6 line racer slides (atau kitorg panggil, tempat tikar terbang XDD), Crystal Slides (or terowong bergelongsor), Family Rift Ride dan macam2 lagi..Tapi aku dan geng (Alia, Kak CT dan Natrah) hanye sempat main terowong bergelongsong dan Glacier Ice je..Almaklumlah, kami nie kan masih bujang, jadi tatasusila haruslah dipelihara. Kang main lebey2 kang, terkejut plak bakal2 mak mentua kat situ hehe..(padahal masing2 takut haha!)
Agak2 dah hampir 3 jam berada di sana (badan pun dah kecut2!), kami pun sambung perjalanan kami ke Kuantan, Pahang. Tempat ditujui ialah Fantasia Beach Resort, iaitu tempat penginapan kami di Kuantan nie. Tempatnye memang amat klasik, x berapa nak sesuai dgn kami yg berjiwa moden nie ahaks.. Sampai2 je kat Fantasia tue, semua digalakkan berehat (tanpa lunch!!) kerana malam karang kami semua akan bergerak pula Tanjung Lumpur untuk acara santapan malam. (siyesly, masa nie perut semua dah berkeroncong rentak irama mesia sbb tengahari x makan lunch!)
Di ruang menunggu sebelum bergerak
ke Tanjung Lumpur
sekadar gambar hiasan XD
Dah puas berehat, tepat kul 7 bergerak pula kami ke Tanjung Lumpur..(Hok nie laju je dorang, ye la, acara makan2 memang menjadi acara fav dorang :D) Datang2 je terus p tingkat atas, makan kat tempat bersila. Boleh tak kalu aku nk citer yg dorang semua pelahap tahap gaban! bayangkan, nasi x sampai lagi, yang dah sampai hanya kuah sup cendawan, tapi x sampai pun 10 minit, abis licin semua mangkuk2 sup tue! bayangkan betapa kebuluran mereka2 ni (tak termasuk wa :DD)
bila nasi dan lain2 lauk sampai je, terus sambar oleh mereka
ada macam2 lauk, ikan pari bakar, sayur kailan, satar,
dan macam2 lg
kak ayu yg berselera makan sampai berkerut dahi
kak ct yg mulutnye sentiasa dipenuhi makanan XD (jgn marah kak!)
lauk2 yang habis licin sekelip mata di "kawasan" mereka
kekenyangan
tengok, Zahra pon dah pandai makan! sedap kan makanannye, Zahra!~
Selesai sudah makan dan kekenyangan, kami pun bergerak pula ke East Coast Mall, Kuantan. Awalnye cadang nak men bowling (aku dah excited dah, sanggup makan sikit je tadi sbg strategi utk mengalahkan mereka masa bowling nnt!), tapi last2nye p Karaoke je..(sungguh kecewa, nampaknye strategiku gagal! D:) X sangka, ramai jugak yg boley menyanyi dan mempunyai suara sedap. En Bakar, Pn Linda, Kak Ayu, Kak Yana (sekadar menyebut beberapa nama) mempunyai tone suara yang sedap dan boleh untuk dibawa ke audition AF (exclude En Bakar sbb sudah melepasi had umur yg dibenarkan). Yang lain2 pon sore sedap, tapi part yang paling best, En Iman yang konpident dan sungguh bersemangat menyanyi hampir semua lagu! tabik spring kat En Iman hehe.. Macam2 lagu kitrog nyanyi, antaranye lagu rock, balada, lagu2 classic, lagu omputih, dangdut dan tak lupa juga lagu nasyid!~ Memang seronok dapat join mereka semua berkaraoke, semua sporting (^-^). Cuma Kak CT dan Natrah je x join, sebab kena balik hotel awal. Bila dah dekat 2 jam berkaraoke dan masing2 pon dah x de suara, jadi kami pon pulanglah ke hotel semula...
Bersambung entry seterusnye.....
0 comments:
Post a Comment