Photobucket

Sunday, October 18, 2009

Sesungguhnya...




sebenarnya hati ini


cinta kepadaMu

sebenarnya diri ini

rindu kepadaMu


tapi aku tidak mengerti

mengapa cinta masih tak hadir

tapi aku tidak mengerti

mengapa rindu belum berbunga


sesungguhnya walau ku kutip

semua permata di dasar lautan

sesungguhnya walau ku siram

dengan air hujan dari tujuh langitMu


namun cinta takkan hadir

namun rindu tak akan berbunga


kucuba menghulurkan

sebuah hadiah kepadaMu


tapi mungkin kerana isinya

tidak sempurna tiada seri

kucuba menyiramnya

agar tumbuh dan berbunga

tapi mungkin kerana airnya

tidak sesegar telaga kausar


sesungguhnya walau ku kutip

semua permata di dasar lautan

sesungguhnya walau ku siram

dengan air hujan dari tujuh langitmu

namun cinta takkan hadir

namun rindu tak akan berbunga



jika tidak mengharap rahmatMu

jika tidak menagih simpati

padaMu ya Allah


Tuhan hadiahkanlah


kasihMu kepadaku

Tuhan kurniakanlah

rinduku kepadaMu

moga kutahu syukurku adalah milikmu...


by Raihan

Wednesday, September 23, 2009

rindu kawan sekolah..

Pagi tadi pukul 11 aku pergi beraya umah bestfriend aku masa skolah, syikin aka kisya..(tp aku panggil key-chap XD )

itulah rumah pertama aku beraya pada aidilfitri tahun nie.. setelah raya ke-4 baru nak keluar rumah beraya :DD

Actually plan nk beraya umah kawan2 nie sudden plan sebenarnya. Semalam pukul 11 pm, key-chap sms aku kata nk pergi beraya ramai2..tapi malangnya hari ni aku n key-chap je yg available. Pas aku g umah key-chap, key-chap pula buat kunjungan balas ke rumah aku. Tepat jam 1pm, kami berdua pun bergerak ke umah Salmi MANJA(school-mate). Nasib baik Salmi MANJA ada di rumah (key-chap dah buat appointment dgn dia semalam :D) Ayat pertama Salmi MANJA bila kami sampai di rumahnya, " Korang berdua je? Mana orang lain? Korang tak kawan dengan orang lain ke?" Hampess je ayatnya..Hahaha

Seingat aku, kali terakhir kami pergi umah Salmi MANJA adalah 6-7 tahun yang lepas iaitu selepas SPM. Bayangkan sudah lama kami tidak berjumpa dengan tuan rumah! Biasalah, bila dah lama sudah tak berjumpa, macam2 yg kami borakkan. Dari perkembangan terkini hinggalah kenangan di zaman sekolah menengah dulu2. Terlalu banyak kenangan pahit manis dilalui semasa zaman2 innocent dulu. Sempat juga kami berbincang ttg perkembangan terkini kawan2 sekolah dulu.
Maklumlah tak semua kawan2 sekolah masih keep-in-touch antara satu sama lain. Masing2 sudah sibuk dengan agenda masing2. Tapi sejujurnya, aku amat merindui zaman persekolahan dulu. Teringin nak berjumpa dengan kawan2 sekolah. Memang terlalu banyak kenangan manis selama 5 tahun aku belajar di SMK Convent Klang itu. =)




Key-chap & Salmi MANJA =)

Sunday, September 20, 2009

::SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi::

1 Syawal menjelang tiba

Takbir bergema mengegar jiwa
Sekiranya ada salah & dosa

Ampun maaf dipinta di hari yang mulia





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

p/s : Berhati2 lah ketika memandu di jalan raya. Biarlah Syawal ini kita raikan dengan penuh kegembiraan.

Saturday, September 5, 2009

Berbuka puasa bersama GIAD ♪♪

Tadi aku berbuka puasa di Penang Nyonya, Jusco B.Tinggi atas jemputan En Zizan, my boss during practical training at GIAD a year ago. Well, actually tadi aku sebenarnya berasa teramatlah segan dan malu, memandangkan aku hanyalah bekas trainee GIAD, tapi GIAD masih sudi lagi untuk menjemput aku dan Alia utk sama2 berbuka puasa dgn mereka. Dah la ada staff baru kat GIAD tue, bertambah2 la malu aku..(w/pun sblum ini aku mmg seorg yg pemalu ;3)

Anyway, tadi makanan memang superb. Sedap dan amat menyelerakan sekali. Bertambah2 bulat perut aku nampaknya (padahal mmg dah bulat pon..huhu) Hajat di hati ingat nk tangkap gambar masa ramai2 tgh makan td, siap dah standby camera lg, tp seperti yg aku katakan di awal td, perasaan malu memang tebal. Kang kalu aku snap picture nampak cam aku beria2 plak..huhu. Namun tidak semena2, dah ada org yg snapp picturekan kami semua. Sebelum nie, x de sape pun di kalangan GIAD yg rajin nk snap2 picture nie kecuali aku dan Alia (kanak2 riang la katakan). Tapi td, ada staff baru GIAD yg snap gambar. Nampaknya, amalan kami berdua menjadi tradisi di GIAD yer..LOL XDD

Memang seronok masa berbuka tadi. Tak abis2 berlawak, gelak ketawa, kutuk-mengutuk dan sewaktu dengannya. Teringat masa zaman aku kat GIAD dulu. Dr dulu sampai skang, memang x berubah GIAD nie. Sentiasa ceria sepanjang masa. Nie yg teringin nk join GIAD balik nie..eheh.. Harap2 la amalan bergelak ketawa beramai2 diteruskan sampai bila2. Ganbatte GIAD!~ ♪(⌒▽⌒)

Namun, ada satu perkara yg mungkin aku x dapat lupakan.. ( ・_・)

Semasa dlm kereta, on the way nk g Jusco,

Aku : "Alia, ada baca x latest news ttg Chelsea?"
Alia : "Yang Chelsea x bleh beli player baru selama 2 tahun tue ke? Ada baca kat facebook pagi tadi." (Click here for more details)
Aku : "A'ah. Tak adil la kan. Chelsea x bleh beli player baru dlm masa 2 tahun. Dah la player Chelsea kebanyakkannya dah tua2."
Alia : "Tapi ramai kan player Chelsea yg dah sign kontrak baru. Macam Terry, sign kontrak sampai 2015. Chelsea boleh kot."
Aku : "Tue la. Nasib baik dorang ramai dah sign contract baru. Kiranya x bleh la dorang nk blah cam tue je. Tapi kira tak adil jugak la, sampai 2 tahun kena banned."

Secara tiba2, Kak CT yang sedang berada di tempat duduk belakang mencelah,

Kak CT : "Tapi dorang boleh buat rayuan kan?"

Aku : "Woah, akak pon tau ttg Chelsea??" <-- dalam nada terkejut antara percaya atau tidak....
Kak CT : "Kitorg kat opis tue kan, bila baca ttg Chelsea je, asyik teringat ttg u je, Sheila.." XDD


Apa2 pun, pantun kepada En Zizan,

"Terima kasih daun keladi,
Lain kali, janganlah segan2 utk jemput kami lagi" (≧◇≦)


P/S : Cayalah Kak CT, banggo den (* ̄ー ̄* )

Monday, August 24, 2009

I Miss My Job...

DD:

Sunday, July 26, 2009

Mixed feeling....

Sudah agak lama aku tak update blog ni. Semuanya gara2 streamyx di rumahku kena potong..(tanpa sebab!!) and our streamyx account was deleted PERMANENTLY, not temporary!! DD:
oleh kerana kejadian pemotongan ini merupakan kejadian yang menyedihkan, aku tak mahu mengigati lagi peristiwa tersebut..biarkanlah ia berlalu, aku perlu meneruskan kehidupanku seperti biasa.. :'(
kata pihak TM, mereka memerlukan masa sebulan untuk membuat akaun baru utk kami..
well, at least, akaun baru nanti kami tak perlu bayar apa2, sbb terdeletenye akaun kami adalah di atas kesilapan mereka..

Sekarang ini, aku online dgn menggunakan Bluetooth melalui handphone..pelik? aku pun pelik..



hajat sebenarnya nak transfer mp3 dr laptop ke hp, mula2 ingat nk guna usb kabel. Cari punye cari x jumpa kabel, last2 guna je Bluetooth. Actually utk transfer file better guna kabel sbb speed lagi laju dr bluetooth. alih2, lepas je transfer gune bluetooth, bleh plak aku online..haha..bagus betul gigi biru nie.. sebelum ni aku tak tahu pon bleh online guna cara nie.. :DD
cuma gune cara ini, kelajuan memang lembap sikit.. jadi segala aktiviti mendonlot dibekukan buat sementara waktu.

- opis aku dah berpindah dr jln semantan ke jln raja laut, yakni Menara Bumiputera-Commerce (MBC). Betul2 sebelah Sogo. Tapi aku tak lama pun kat situ, bcoz last friday, i've handed my resignation letter, which is 2 weeks notice to my boss. Finally, i'm able to submitted it. Before this, i always wanted to resign bcoz i don't really like working there, but after joined them for almost 2 month, i've a mixed feeling. Am i will missed them? :'(

Tuesday, July 7, 2009

(; ̄ー ̄)

Semalam, dalam sebuah bilik doktor yg terletak di sebuah kawasan di Klang,

Doktor (Doc) : sakit ape?
"Demam doktor."
Doc: dah brape lama demam?
"Sejak hari jumaat doc. dah 3 hari."
Doc: ohh..ada makan ubat?
" x de.."
Doc: awak belajar lg ke dah kerja?
"kerja doc."
Doc: hari nie awak x kerja la eh?
"a'ah doc."
Doc: awak kerja mana?
"Damansara doc."
Doc: wah..jauhnya tempat kerja awak..
"(; ̄ー ̄)"


Beberapa jam kemudian, di KWSP Klang,

Pegawai KWSP (Peg): Baru nk mendaftar ke?
Yer, encik.
Peg: Awak kerja kat mana?
"Damansara encik. "
Peg: woah, damansara? Jauhnya. Awak tinggal sana ke berulang?
"Berulang encik. "
Peg: oh. Nape tak cari kerja kat area sini jer?
" (; ̄ー ̄)"

moral of the story : (; ̄ー ̄)

Sunday, June 28, 2009

Berjalan2....

Sabtu 27 Jun 09 - pergi hantar No mendaftar masuk diploma kat Uitm Puncak Alam, Meru/K. Selangor? Kampus Uitm yg baru buka. Fasilities the best, everything new. Dari bilik kolej sampailah ke fakulti. Cafe yg besaq giler! Asrama yg ada lif!! (ada 7 tingkat). Nampak seperti best je duk di sana. Aku amatlah jeles melihatkan keadaan tersebut. Keinginan utk kembali ke alam semasa belajar membuak2 di hatiku, tp aku terpaksa menerima hakikat hidup ini perlu diteruskan..(-_-;)

Dari Klang ke Puncak Alam hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Lebih dekat berbanding dengan jarak dr rumah ke opisku ( ̄□ ̄*) Kebetulan pula, tempat tue adalah sama jalan dgn jalan yg aku lalui setiap hari utk ke opis! Satu alasan yg mungkin akan digunakan oleh mak ayah aku, utk menyuruh aku amik adik aku pulang ke rumah pada setiap hari Jumaat ( ̄□ ̄;)

Ahad 28 Jun 09 - pergi ikut syikin aka kicap menghadiri majlis perkahwinan kawan2nye di Kapar dan Shah Alam. Mula2 pergi ke majlis perkahwinan rakannya di Kapar, tema kawennya ialah biru. Selesai sudah mengisi perut yg belah kanan, kami terus pegi ke majlis perkahwinan kawannya yg lain pula, di Shah Alam.Tema kaler purple. Dewan kawennya berdekatan dgn muzium. After je mengisi perut yg belah kiri, cadang nk singgah Jusco Bukit Raja utk tengok wayang Transformer. Seblum tue, sempat lg pegi ke muzium. Ingat nk singgah sekejap je, alih2 dekat 1 jam kami berada di situ. ( ̄ー ̄)Sangatlah besar muzium Shah Alam itu! Ada 5 bahagian dlm muzium tersebut. Balai Selangor (sejarah ttg Selangor), Balai apekenbe ntah ( ttg kehidupan rakyat Selangor dahulu kala), Balai Haiwan dan Tumbuhan, Balai Sukan dan Balai Seni Islam. Seronok juga rupanya melihat2 muzium tersebut. Tambahan pula, hari ahad, tidak ramai yg datang melawat muzium tersebut. Jadi, kami buat tempat tue seperti rumah sendiri. (≧◇≦)

Selepas penat berjalan2 dlm muzium, kami pun pergi ke Jusco Bukit Raja, tetapi kekecewaan menanti kami. Transformer FULL! Dari petang sampai ke malam. Aku tidaklah kecewa sangat, sbb aku x fanatik dgn transformer (sebenarnya x tgk lg Transformer yg 1st, sbb tue x hyper pun), tp kicap amatlah kecewa. Dia memang teringin nk menonton cerita tersebut. Kekecewaan itu kami ubati dgn melepak minum kopi di Old Town. Agaknye, bilalah masa yg sesuai utk menonton wayang Transformer itu? (T ^ T)