Photobucket

Sunday, June 28, 2009

Berjalan2....

Sabtu 27 Jun 09 - pergi hantar No mendaftar masuk diploma kat Uitm Puncak Alam, Meru/K. Selangor? Kampus Uitm yg baru buka. Fasilities the best, everything new. Dari bilik kolej sampailah ke fakulti. Cafe yg besaq giler! Asrama yg ada lif!! (ada 7 tingkat). Nampak seperti best je duk di sana. Aku amatlah jeles melihatkan keadaan tersebut. Keinginan utk kembali ke alam semasa belajar membuak2 di hatiku, tp aku terpaksa menerima hakikat hidup ini perlu diteruskan..(-_-;)

Dari Klang ke Puncak Alam hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Lebih dekat berbanding dengan jarak dr rumah ke opisku ( ̄□ ̄*) Kebetulan pula, tempat tue adalah sama jalan dgn jalan yg aku lalui setiap hari utk ke opis! Satu alasan yg mungkin akan digunakan oleh mak ayah aku, utk menyuruh aku amik adik aku pulang ke rumah pada setiap hari Jumaat ( ̄□ ̄;)

Ahad 28 Jun 09 - pergi ikut syikin aka kicap menghadiri majlis perkahwinan kawan2nye di Kapar dan Shah Alam. Mula2 pergi ke majlis perkahwinan rakannya di Kapar, tema kawennya ialah biru. Selesai sudah mengisi perut yg belah kanan, kami terus pegi ke majlis perkahwinan kawannya yg lain pula, di Shah Alam.Tema kaler purple. Dewan kawennya berdekatan dgn muzium. After je mengisi perut yg belah kiri, cadang nk singgah Jusco Bukit Raja utk tengok wayang Transformer. Seblum tue, sempat lg pegi ke muzium. Ingat nk singgah sekejap je, alih2 dekat 1 jam kami berada di situ. ( ̄ー ̄)Sangatlah besar muzium Shah Alam itu! Ada 5 bahagian dlm muzium tersebut. Balai Selangor (sejarah ttg Selangor), Balai apekenbe ntah ( ttg kehidupan rakyat Selangor dahulu kala), Balai Haiwan dan Tumbuhan, Balai Sukan dan Balai Seni Islam. Seronok juga rupanya melihat2 muzium tersebut. Tambahan pula, hari ahad, tidak ramai yg datang melawat muzium tersebut. Jadi, kami buat tempat tue seperti rumah sendiri. (≧◇≦)

Selepas penat berjalan2 dlm muzium, kami pun pergi ke Jusco Bukit Raja, tetapi kekecewaan menanti kami. Transformer FULL! Dari petang sampai ke malam. Aku tidaklah kecewa sangat, sbb aku x fanatik dgn transformer (sebenarnya x tgk lg Transformer yg 1st, sbb tue x hyper pun), tp kicap amatlah kecewa. Dia memang teringin nk menonton cerita tersebut. Kekecewaan itu kami ubati dgn melepak minum kopi di Old Town. Agaknye, bilalah masa yg sesuai utk menonton wayang Transformer itu? (T ^ T)

4 comments:

♥Miss Leya♥ said...

wah,adik sheila dah msok uitm dah..alhamdulillah..

see,dpt yg da best ag..jelesnyerrr..(^_~)

SheiLa said...
This comment has been removed by the author.
SheiLa said...

tue la..alhamdulillah, finally dapat jugak dia.
dia dah cuak dah bila check ipta masa mula2 dulu nama dia x de..
betul tuh..facilities memang tip top arr kat sane..
tp pada kita, UKM tetap di hati..hehe <3

♥Miss Leya♥ said...

mesti ar...takde ukm takde la Gia (still x ilang ag angau ngan drg...heee)