Photobucket

Wednesday, February 3, 2010

Sudah 10 Minggu...............

aku tak dapat tengok budak nakal Sin Chan dan kucing montel kaler biru Doraemon!!!
rindu bangat sama mereka berdua..

seriously, sejak 10 minggu kebelakangan nie, aku terlalu sibuk dengan hal-hal negara sampaikan 
tak sempat nak melepak depan tv setiap hari Sabtu, 7 pm. Patutlah semenjak dua menjak nie aku begitu rasa kehilangan dalam diri nie, rupanya disebabkan kerinduan yang melampau terhadap mereka.

Sebab aku suka menonton rancangan kegemaran ramai ini adalah kerana lawaknya yang spontan terutama Sin Chan. Selalu juga aku gelak sorang2 dengan kuat sebab tak dapat menahan melihat keletah kanak-kanak berumur 5 tahun yang gatal itu. Kucing montel itu pula tetap menjadi pujaan hatiku sejak dari kecil hinggalah menjadi dewasa kini, malah mungkin akan berterusan sehingga menjadi nenek orang suatu ketika nanti.

Disebabkan kerinduan yang tak dapat dibendung ini, aku berikrar bahawasanya pada 9hb Febuari 2010, bersamaan hari Sabtu ini, tepat jam 6.59pm aku akan memastikan yang aku dapat menunggu di depan televisyen, tak kira apa jua rintangan yang bakal aku terima nanti demi melepaskan rinduku pada kedua-dua mereka. Sekian.






  2 makhluk yang membuatkan hatiku gundah gelana

3 comments:

HafizChan said...

sabtu time kul 7 aku pom join anakh buah nengok katun...kena pakai nama anak buah, kalo tak malu gak la

SheiLa said...

anak buah?? ingatkan anak tadi..dah berdebar2 dah hati aku td haha..

aler rileks ler..mak aku pon layan citer katun nie hehe

HafizChan said...

hehe...mak kau pun nengok eik. cool