Monday, September 27, 2010
HoLiDAY~
Posted by SheiLa at 11:02 AM 1 comments
Labels: holiday
Monday, September 13, 2010
SYUKUR...
Alhamdulillah...
Syukur pada-Mu Ya Allah..
Hatiku semakin tenang..
Tiada lagi perasaan yg wujud.. Mungkin aku merasa sedikit kehilangan kerana boleh dikatakan hampir setiap hari berhubung.. Namun perasaan sayang lebih drpd kawan sudah tidak wujud lg. Perasaan padanya sudah mati.. Dan disebabkan itu, aku boleh berhadapan dengannya dengan hati yg tenang.. Perasaan geram dan marah kerana dipermainkan masih wujud, tapi aku sentiasa berdoa semoga aku dapat memaafkan segala kesalahan yg telah dilakukan. Mungkin betul kata org, kite perlu memaafkan seseorg, tanpa menyimpan dendam, barulah hati kita akan tenang. Semoga dugaan ini cepat2 berlalu, supaya aku tidak perlu memikirkannya lagi. Hidup perlu diteruskan, aku dah nekad untuk tutup buku tentang kisah ini, dan bersedia hadapi cabaran kehidupan yg baru. Semoga aku dpt menjadikan dugaan ini sebagai 1 pengajaran untukku di masa depan. Terima kasih kerana memberikan kebahagiaan padaku walaupun sekejap dan mungkin kebahagiaan itu hanyalah lakonan semata2 olehnya, tapi padaku, aku tetap bersyukur mengenalinya dan semoga jalinan persahabatan tidak akan terputus di sini.. Dari awal lagi niatku untuk berkawan adalah ikhlas tanpa mengharapkan apa2 balasan.. Sesungguhnya Allah Maha Adil, dan aku pasti dugaan yg diberikan ini pasti ada rahmat yg tersembunyi di sebaliknya..
P/s : adakah perasaan padanya benar2 cinta? Atau hanya suka semata2? Aku pun tak tau kenapa aku sekuat ini. Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku hati yg sekuat ini. InsyaAllah aku tidak akan mensia2kan kurniaanMu ini. Hanya kepada yg layak shj akan kuberikan hati ini.. Aku sayang hatiku.. Syukur pada-Mu Ya Allah.. =)
P/s : jiwang karat! =P
Posted by SheiLa at 12:53 AM 3 comments
Labels: aku sayang hatiku
Thursday, September 9, 2010
Feel My Soul
"My soul feels like it's fading away.. I've always believed someone will save me, But using my own legs, I'll just be myself. Goodbye my weakness and my sorrow, I'll find the courage within me. From here on out, I'll hold that shining future in my hands...."
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan utk menempuhi semua ini.. Aku menyakini bahawa setiap ujian dan dugaan yang diturunkan oleh-Mu pasti ada rahmat di sebaliknya. Aku mohon dikuatkan semangatku semoga aku tak berputus asa dengan dugaan-Mu Ya Allah..Amin..
// Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin.. =D
Posted by SheiLa at 9:47 PM 0 comments
Friday, September 3, 2010
I Miss Them...
Posted by SheiLa at 10:21 AM 1 comments
Labels: family
Thursday, September 2, 2010
Give Up
Ya Allah..
Kembalikanlah aku kepada setahun yg lepas..
Waktu di mana aku x perlu memikirkan ttg masalah yg sedang aku hadapi sekrang,
Waktu di mana tiada ape2 pon yg dpt merunsingkan aku..
Waktu di mana hanya terdapat perkataan "kerja, kerja, kerja" di kepala aku..
Waktu di mana aku terlalu busy sampaikan tiada ape yg mampu mengganggu pikiran aku selain drpd kerja..
Waktu di mana aku mampu utk bertahan sendirian, mampu utk hidup sendiri tanpa mengharapkan bantuan org lain,
Waktu di mana aku x perlu mengenali 2 insan ini,
Waktu di mana aku x perlu mengecewakan hati seorg insan yg aku sayang,
Waktu di mana insan yg aku sayang x perlu menanggung derita yg amat memeritkan,
Waktu di mana peristiwa pertama dan kedua ini tak mungkin akan terjadi ketika itu,
Waktu di mana aku kuat, aku menjadi diri aku sendiri,
Waktu di mana aku boleh bercakap mengenai cinta dan kasih sayang tanpa melibatkan ape2 perasaan, w/pun ketika itu aku belum pernah merasainya lagi..
Waktu di mana aku boleh bergelak ketawa tanpa perlu menyakitkan hati siapa2..
Waktu di mana kehidupan aku bahagia, tanpa tersepit dan terperangkap antara 3 hati...
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, seandainya dapat diputarkan masa kembali,
Aku rela memilih setahun yg lepas..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah merencanakan yg terbaik untukku..
Aku yakin dengan sepenuh jiwa qada' dan qadar' yg Engkau telah tentukan..
Tapi aku hanya manusia lemah, yang sentiasa mengharapkan belas kasih-Mu..
Mengharapkan supaya keadaan setahun yg lepas itu akan datang kembali..
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu..
Makbulkanlah permintaanku..Aku tak sanggup utk melukakakan hati sesiapa lagi..
Biarkanlah aku hidup gembira sendirian, sama seperti keadaan setahun yg lalu...
Ya Allah, Ampunkanlah dosaku Ya Allah..
Posted by SheiLa at 9:37 AM 1 comments