Photobucket

Thursday, April 16, 2009

The craziest game i've ever seen..

semalam game chelsea v liverpool quater final..depa main 2nd leg at Chelsea's home, Stamford Bridge..

aku n alia layan game bola tue kat maple sek 15, tempat biasa kami melepak..sampaikan mamak kat situ pon kenai muka kitrg..tiap kali dia lalu depan kitrg je, mesti kata "Chelsea haa"..hahaha
terer x terer kami? mamak pon kenai muka kami yg suke mencapak kat situ..hehe

1st half - chelsea x banyak attack..liv yg men attacking football sampaikan depa leh scored 2 goals in 1st half..giler kentang arr! apa kone ntah chelsea nuu..memang 64% possession pada liv..
aku agak cuak jugak masa liv scored 2 goals tue..mesej dr eijam n wak kerod aku x balas pon..sbb hp aku kena barred..hehe..masa half time, perut aku dah berkeroncong lagu irama malaysia, tp aku x de selera nk makan..sblum nie, macam2 aku dah pikiq nk makan ape masa tgk bola tuh..last2 x pesan apa2..gerun tuh..memang x de selera langsung aku masa tuh..pertama kali dlm sejarah!

2md half - tanda2 positif chelsea mulai bangkit dgn beberapa percubaan merbahaya..last2, drogba scored utk chelsea after anelka passed a very good ball kat drogba..aku x sangka drogba bleh score sbb angle tue memang susah nk score! mungkin disbbkan mistake dr reina jugak..haha..stat dr situ je, chelsea makin banyak attack..bbrp minit kemudian, alex plak scored with his infamous free kick! lawa giler gol alex..
pastu lampaq plaks scored..hehe..dah sah2 chelsea lead 3-2 skang..selera aku mulai kembali, tp susah betoi nk panggil mamak tue..ke hulu ke hilir depa duk layan pelanggan lain..time tue jugak ler hujan mulai turun renyai2..last2 lebat..sib baik kami berada di tempat strategik..kalu nk tau, bumbung maple tue boleh bergerak secara automatik..hehe..terpegun aku tgk..kat maple pon ade cam tuh..hahahaha

tp bumbung tue x mampu nk lindung sume org..jd sape2 yg x dapat tumpang bwh bumbung tue, terus melarikan diri, sbb hujan lebat..aku tgk ada sekumpulan org tue, siap bawak payung duduk kat meja dia..payung 1 je, tp dekat 5 org bwh payung tue..wakakaka..pastu ada jugak yg sampai sanggup duduk bawah meja tuh..semata2 nk layan game tue sampai habis..muahahaha..lawak pon ade..itulah yg dikatakan PASSION! sanggup buat ape saje semata2 utk sokong team fav!
masa tue, astro kat maple tue pon mulai hilang signal..last2 masa liv score 2 goals dlm masa 2 minit tue, aku x dpt tgk..tau2 je scoreline dah chelsea 3-4 liv...masa tue aku dah berdebar2 da nie..apa pasatt liv bleh scored sampai 2 bijik dlm masa x sampai 2 minit? dlm pada aku tertanya2, tetiba my hero aka everyone hero, lampaq scored utk goal chelsea yg ke-4..HAHAHAHA..masa tue confirm chelsea yg p semifinal..masa tue hujan lg tau..tp kami still stay kat situ jugak..ada jugak org yg dah blah..tp kami tetap berada di situ sampailah ref meniupkan wisel..hehe.. masa game dah habis, ujan still lebat lagi, tp aku n alia redah je utk p kat kete..n kitrg pon selamat sampai kat bilik dgn basah lejun..

itulah antara pengalaman yg seronok pada aku, serta game paling giler aku penah tgk...............................
Chelsea Chelsea!~

Sunday, April 12, 2009

Tag lagi...

Tanda2 kamu bad mood?
diam...x akan bercakap..

Tanda2 kamu marah?

dahi akan berkerut..hehe

Tanda2 kamu sinting?
eh? ape tuh?

Tanda2 kamu malu?
x akan pandang mata org..huhu

Tanda2 kamu sedang cemburu?
pandang tempat lain..

Tanda2 kamu sedang sedih?
duk dalam bilik sorang2..

Tanda2 kamu tengah gumbira?
senyum dengan tidak semena2.. :D

Tag ....

I've been stalking alia's blog..this is what i've got..TAG!

*Last phone call – alia..dia kejutkan aku pukul 10.06am sbb dia nk amik tupperware dia dlm bilik aku...hehe
* Last text message – kerod..suh dia belanja ABC..hehe
* Last time you cried –
erhmm..2 days ago kot..masa nangis dlm tido...mimpi ape ntah..


HAVE YOU EVER:

* Dated someone twice - not yet..anyone? hehe
* Been cheated – penah kot..tp tipu2 biase je..tipu betoi blum lg..gege
* Kissed someone & regretted it – nope
* Lost someone special – yeah..my grandma :(

IN THE PAST MONTH HAVE YOU:

* Falling in love - yerp...again
* Laughed until you cried – yerp..when my friends buat lawak sampai gelak guling2..hehe
* Met someone who changed your life – ermm...blum lg kot
* Found out someone was talking about you – eh?? idk..
* How many people on your top friends do you know in real life? – a few...

* How many kids do you want to have – x kisah..berapa2 pon bleh..hehe
* Do u have any pets – ade..Gendut..dia duk umah mak cik aku.tp la nie dah 8 hari dia x balik.. :(
* Do you want to change your name – tak nak!
* What time did you wake up today - hehehehe...11.30am
* What were you doing at midnight last night – adalah belek2 nota study sikit..hehe

* Name something you cannot wait for – holiday
* Last time you saw your father – yesterday..i sent my mom n my dad to airport..for visiting my lil sis at Sabah bah..
* What's one thing you wish you could change – my past time?..
* What's getting on your nerves right now – final exam..hopefully i can do the best..this is my last exam b4 graduate.. :)

* Elementary/Primary School – SMK SS 2, KT
* Middle/Secondary School – SMKCK
* Hair color – black
* Long or short – not long, not short..
*Want kids? – yerp

*Want to get married? – hehe..sape yg x nak kawen kan..
*Careers in mind? – accounting/auditing


HAVE YOU EVER :

* Kissed a stranger – nope
* Lost glasses/contacts – nope
* Broken someone's heart – nope
* Been arrested – nope
* Cried when someone died – yerp..miss my grandma :(

ANSWER TRUTHFULLY :

* Is there one person you want to be with right now? – yerp...
* Do you believe in God? – Yes..With all my heart

Wednesday, April 8, 2009

I'm don't understand what u're trying to do...

it seems like u're trying to avoiding me..
i don't know if i've done a mistake..
maybe i'm not realize that what i've done had make your heart's hurt..
i'm sorry...
we used to be a closed friend years ago..
however now, we became apart and distance are playing a big role in our friendship..
i know u'll never realized it..
but i really love our friendship..it's fun to be your friend, to talk to u and to share with u anything that happened in our life..
but now, what is left only the memories.....

"It’s really amazing when two strangers become the best of friends, but it’s really sad when the best of friends become two strangers. --Anon"

Sunday, April 5, 2009

List of things to complete within these 2 week

  1. Strategic's report
  2. Operation Management's report
  3. Study Kanji for exam completed on 8/4
  4. Nihon-go no listening's exam completed on 8/4
  5. Nihon-go no esei
  6. OM assignment (x start langsung..huhu)
  7. Presentation IB
  8. IB's report completed on 8/4
  9. Calls the companies (hate it!) half complete..
  10. Update the resume
  11. Fill in peer evaluation form of Teori n Strategic completed on 7/4
  12. Fill in the application of Monbukagakosho completed on 7/4
  13. Amik pra-transkrip completed on 7/4
  14. Hantar gambar utk konvo
--> hopefully i can complete within these 2 week.. Ganbatte to myself D: D:

Monday, March 30, 2009

Hari2 yg meletihkan tp enjoy!~

28th March 2009

Sabtu Pagi - aku terpaksa bangun awal kerana kolejku mengadakan gotong-royong. Mula pukul 8.30 pagi. Ketika gotong-royong, geng2ku x dapat menghadirkan diri atas sebab mereka ada discussion di fakulti pada ketika itu. Jadi aku mengikuti Asiah (romate) ke mana saja dia pergi. Pada awalnya, orang2 sekeliling memandang pelik padaku. Mungkin kerana tidak pernah melihat aku sebelum ini. Sebab aku baru masuk kolej nie pada sem 2. Agak janggal apabila diri menjdi perhatian (ahakss!), tapi lama2 aku sudah biasa. (aku tidak tipu, itu adalah hakikat!)

Sabtu malam - dinner Kolej Idris Al-Marbawi (KIAM). Dinner yang agak sempoi dengan tema pakaian kasual dan smart. Pelbagai makanan dihidangkan macam nasi goreng, ayam bakar, ikan bakar, kambing bakar, hotdog bakar, buah2an dan lain2 lagi. Memang dinner yang betul2 sempoi! Tak ada protokol, MC pon cakap main2, Pengetua kolej yg seperti jurukamera, persembahan yg ada kalanya tak bersedia..Tapi aku enjoy sume itu. Betul2 enjoy. Selain itu, istimewanya dinner ini ialah ia disertai oleh pelbagai warganegara. Ada dari Iran, Livia, Syria, China, Jepun, Acheh dan sebagainya. Kolej ini memang punyai student dari pelbagai negara. Kebanyakkannya adalah student Master dan PhD. Malam yg enjoy. Aku juga sempat mengusya YDP kiam, iaitu Abg Nizam. (thanks Siah!~)

29th March 2009

Ahad tengahari - bertolak dari Bangi ke Klang utk menghadiri majlis perkahwinan kakak kepada kak Shikin (x-opismate at GIA). Makan makanan yg sedap di sana, seperti nasi beriyani, kari daging, ayam bakar, papadum, lemak nangka (kot?) etc. Tak sempat jumpa dgn GIA-mate sbb kebanyakkan dorang x datang. En Zizan plak dah balik ketika kami sampai.
Sebelum balik Bangi, kami singgah di rumah Alia. Mak Alia memang sempoi. Begitu juga adiknya, Keyla. Seronok melihat mereka sekeluarga bermesra2an. Kelakar terutamanya mak Alia =D

Ahad petang - pergi ke Giant Shah Alam utk mengambil cheese kek dr mama_elin. Janji dgn mama_elin pukul 5, tapi nampaknya mama_elin mengalami sedikit kesulitan utk hantar pada pukul 5. Jadi diposponekan pada jam 6. Sementara itu, kami pergi bershopping dalam Giant. Tepat jam 6, mama_elin pon sampai. Mama_elin sangat cantik orangnya. Sweet dan body masih mantap w/pun sudah mempunyai 4 org anak. Cheese kek mama_elin kami makan sebaik saja sampai ke Bangi.

Ahad malam - pukul 9pm kuar dari kolej utk makan Sate Kajang Hj Samuri di Kajang. Makan sate bersama geng2 bola MM. Goon mesej aku kul 8.59 mengatakan dia dah nak sampai ketika aku baru melangkah keluar dr kolej. Tup2 bila aku dah sampai ke Sate Kajang, dia belum kelihatan lg. Sesat rupanya. Chelsqi (president aku di MM) sudah lama sampai di situ bersama isterinya. Kami berbual seketika sebelum Pomist, isterinya (Kak Fina) dan Goon tiba. Makan2, borak2 dan makan2 lagi. Kak Fina sangat comel orgnya. Kak Fina sedang mengandung 4 bulan. W/pun tengah mengandung, dia tetap peramah. 1st time jumpa Kak Fina tapi dia suka berbual. Wife Chelsqi pula, Kak Mimi cute orangnya. Suka tengok Kak Mimi. Seronok berbual dgn kak Fina dan kak Mimi. Kelakar pon ade. Aku juga ada join President2 kelab MM berbual. Ada 3 org prez MM, Pomis (Prez Manu), Sqi (Prez Chelsea) dan Goon (Prez Ars) ketika itu. Bertuah plak rasanya apabila dapat makan bersama mereka, sedangkan aku hanya ahli biasa sahaja. Dah 1 jam lebih berada di sana, masa untuk pulang. Terima kasih pada Chelsqi kerana sudi membayar utk meja sebelah, aku pula membayar utk meja aku. Aku memang sudah berjanji utk belanja Prez Ars sbb dia banyak tolong aku. Tapi tak sangka ramai prez yg datang. Segan seyy. Aku enjoy makan bersama mereka, tapi aku agak keletihan sbb dari pagi aku tak rehat. Sbb tue aku tak banyak bercakap (alasan, heh!). Sampai2 di kolej pukul 11.15pm, terus sambung buat assignment Strategic sampai pukul 4 pagi. Hari2 yang letih tapi enjoy!~

Sunday, March 29, 2009

Tag

oleh kerana cik aleya menyenaraikan namaku utk ditagkan, maka aku pon bersetuju untuk menyambut cabarannya :D

1. orang luar sane tak kenal kamu. perjelaskan siapa kamu?
- Org selalu ingat aku muda lagi. Padahal umur pon dah tua. Maybe sbb aku x matang lg kot. LOL
- Still student - UKM - final year student - InsyaAllah, konvo bulan 8 nie.
- Giler bola terutamanya BPL. Kipas-susah-mati Chelsea FC.Sanggup bangun pepagi buta layan bola kat maplay asalkan ada org teman :DD
- Kalu org x kenal, aku dianggap pendiam. Jarang nk konker sesuatu conversation itu. Kecuali bila aku dah kenal rapat dgn seseorg atau kalu org tue nk cari gaduh pasal bola dgn aku :D
- Frankly speaking, aku kena take time utk rapat dgn seseorg. Tak tahu kenapa. Sejak azali lagi seperti itu.
- Suka bahasa jepun, org jepun, anime jepun, drama jepun, lagu jepun dan segala berkaitan dgn jepun. Menyimpan hasrat untuk melancong ke Jepun selama 30 hari 29 malam..InsyaAllah
- Mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Abah, mama, abg 3 org dan adik sorang. Disebabkan aku mempunyai 3 org abg, maka aku mudah terpengaruh dgn mereka. Terutamanya pasal bola.
- Mungkin dianggap sombong oleh sesetengah org. Tapi sebenarnya aku pemalu..tghe hee

2. sikap kamu yang 'mantap'?
- Kuat makan.

3. sikap kamu yang sangat jelek?
- Suka ambil ringan sesuatu perkara.
- Tak pandai nak express perasaan pada orang.
- Sesat!!

4. apa gadget yang sentiasa kamu bawak?
- hanphone dan kunci kereta. Itu boleh dianggap gadget ke?

5. dah berape handphone kamu pakai selame neh? senaraikan brandnye. jenama handphone yang sedang kamu gunakan sekarang?
- Tak banyak sangat. Yang aku masih ingat, ada beberapa bilangan hp telah aku guna.
1. Nokia 3310
2. Nokia 2100
3. Sony Ericsson k700i
4. Sony Ericsson k750i sampai sekarang.

6. siapa bestfriend kamu?
- Ramai. Di mana2 saja aku mempunyai kawan. Without friends, I am nothing!

7. siapa yang kamu sayang selain family?
- Gendut. Kucingku yg sudah berumur 6 tahun yang suka membuntingkan kucing2 betina org lain. Hehe. Tidak. Sudah semestinya kawan2 ku, tidak kira di mana saja mereka berada.

8. lagik 10 tahun kamu jadi ape?
- 10 tahun lagi sudah semestinya aku telah tamat belajar degree. Sudah melancong ke Jepun. Sudah mula bekerja. Mungkin sudah kahwin dan tinggal bersama keluarga di Jepun. (Poyo betul impian aku. Chaitt)

9. kata2 hikmah yang pernah kamu dengar & paling kamu suka?
- Banyak. Tapi aku terlupa. Atau mungkin aku telah messed upkan kata2 itu. Aku mempunyai habit suka menyampur adukkan kata2. LoL

10. dalam blog kamu, sudah ade berape followers?
- 3 org. Blog aku tidak menarik. Dan tak ada apa2 yang menarik melainkan karangan2 yang mengarut.

11. senaraikan follower yang paling kamu suka? (tak kira kuantiti) kenape?
Antara blog yang aku suka stalking termasuklah:
-Aleya = Kawan aku di UKM/kolej/klang/tempat training/etc. Jadi aku perlukan pemikiran dia untuk kami sama2 bekerjasama di mana2 saja. Suka membaca cerita dia. Pandai membuatkan sesuatu cerita jadi menarik, tidak seperti aku.
- Farah_ichigo = Kawan UKM juga. Tapi berjumpa disebabkan aktiviti fans group (KAT-TUN/KCS). Suka membaca blog dia untuk tahu perkembangan KAT-TUN terutamanya melibatkan Akame. Dia juga suka membuat posting yg panjang2. Tapi ada isi.
- Revolt = Kawan 1 forum. Suka membaca blognya kerana apa di pikirannya tak sama seperti orangnya. Melalui tulisan, digambarkan seorg yg kasar, pervert dan etc. Namun hakikatnya, ia adalah sebaliknya.

12.sy nk tag:
- Anyone yg terasa dirinya suka ditag. :D

Friday, March 27, 2009

Tired??!!

hari ni (semalam??) aku tido pukul 6.30 pagi, yakni after subuh! pastu bangun kul 9.08 am..semalam aku x leh tido sbb aku minum nescafe...bajet nk tido la after buat sikit assignment strategic dlm kira2 pukul 3 am, last2 pusing sane, pusing sini, garu2 kaki, garu2 tangan..tp still x leh tido..memang kuat betul penangan nescafe tuh..tue baru nescafe, belum kopi asli lagi..kalu aku minum kopi asli, agaknya 2 hari aku x leh tido..huhu

tido kul 6.30 bangun kul 9.08am..jangkamasa selama x sampai 3 jam betul2 membuatkan aku mengalami pening2 lalat..tingin sangat nk tido balik, tp terpaksa bangun jugak..sbb aku kena attend majlis bersama student Takushoku University Jepun..memang x sia2 aku bangun pagi dan menahan kesakitan pening2 lalatku itu kerana aku telah berjaya mendapat kawan2 baru!~

baru 2 minggu lepas student Takushoku University (Daigaku) balik ke Jepun..La nie mai plak senpai2 (senior) depa..yg datang masa hari tue junior (kouhai) derang..yg senpai2 nie datang utk melawat saja..zannen, depa hanya berada di m'sia selama 2 minggu je..

memula masa masuk dewan tue memang terasa lagi pening2, tp pas je sorang mamat jepun tue tegur kitorg, hilang terus pening2 aku tadi..hahaha..seronok betul td..bermesra2an dgn student2 Takushoku Daigaku..seronok sangat sbb yg datang hanya dlm 15 org je, pompuan 4 org n selebihnya lelaki :DD hik hik... sporting la dorang..pastu ada sorang mamat jepun tue, namanya Katsuya..aku tertarik dgn dia..hehehe..(pervert betul aku!) sbb muka dia cute..dah la pandai cakap BM, berminat dgn Islam lagi...huehue..(memang majoriti dorang tau cakap BM) :DD

sempat la jugak berkenalan dgn yg lain2..tp aku kena balik awal td, sebab nk temankan Is n Zek (geng2 KCS) p Menara TM untuk hantar proposal Street Party..sedih la juga sbb x leh nk mesra lama2 dgn student Takushoku td...nasib baik kak Sha ada amik emel dorang..bleh la aku copy..hehe..prospek terbaik tidak harus dilepaskan begitu saja..Katsuya-chan!~ hehe

tadi p Menara TM..woah..tingginya mak datuk!~ macam best je kerja kat situ..lif dah la banyak, laju2 plak tuh..kitorg p tingkat 8, x sampai 1 minit dah sampai..efficient n efective betul lif depa! kitorg g tingkat 8 utk antar proposal kat bahagian event & sponsorship TM.. jumpa sorang pekerja tue..baik sangat dia!~ kitrg sepatutnya jumpa boss dia, tp boss dia x de masa tuh..so abg tue offer, biar dia je passkan proposal tue kat boss dia..abg tu Ismail namanya.. :D siap bagi souvenior (おみやげ - omiyage) kat kitrg..keypad mouse n pen! cute la keypad TM tue.. kaler oren lagi..

seronok betul hari nie..dapat kawan baru lagi~
pastu dapat experience pergi syarikat corporate utk minta sponsorhip..
balik2 je penat..memang satu hari suntuk aku ada aktiviti hari nie.. dah la x cukup tido, memang letih tahap gaban..gaban pon x seletih aku gamaknya!

rugi x amik gambar dgn Katsuya..kalu x, bleh buat wallpaper desktop..huhu..
Katsuya-chan!~~ :D:D

EDITED : aku terlupa yg aku sebenarnya ada amik gambar curik Katsuya-chan..hehe!~
(abaikan kualiti gambar..guna henset je..)