Photobucket

Monday, May 10, 2010

♥ Today is a BLuE DaY ♥

:: edisi jiwang karat sampai x bley gilap::


        Hari nie bangun pagi dengan penuh semangat. Cuaca cerah, langit berwarna biru yang disinari cahaya matahari yang menerangi alam ini. Angin sepoi2 bahasa, kicauan burung yg bernyanyi menambahkan lagi keceriaan hari ini. Suasana hari ini begitu tenang dan damai. Senyuman tak lekang di bibir. Ditambah2 lagi dlm kete dengar hitz.fm yg pasang lagu Chelsea - Blue Day. Senyum sengsorang. Terbayang keindahan dibuai perasaan gembira tatkala Chelsea berjaya mengesahkan kehebatannya sebagai Champion. Ditambah lagi apabila Chelsea menutup kempen Barclays Premier League (BPL) dengan kemenangan bergaya 8-0 ke atas Wigan Atlantic semalam. 

        Tak mampu untuk mengucapkan sebarang perkataan, senyuman pun dah cukup menggambarkan betapa gembiranya hati dan jiwa raga melihatkan Terry menjulang Piala BPL setelah hampir 3 tahun Piala itu dirampas oleh anasir2 jahat. Akhirnya, pada season nie (2009/2010), di bawah kendalian pengurus berbangsa Itali, Carlo Ancelotti, dengan pelbagai rintangan, skandal, injury, kontroversi dan segala macam dugaan, Chelsea ditabalkan juga sebagai Champion. BPL Cup yg beribenkan kaler biru putih sampai ke Stamford Brigde pada game yg terakhir, setelah diberi tentangan sengit dari Manchester United. Walaupun Manchester United menang 4-0 ke atas Stoke City, namun itu tidak cukup untuk mereka mengenepikan kehandalan Chelsea. Season ini juga memberikan rekod tersendiri kepada Chelsea apabila berjaya menjaringkan gol sebanyak 103 goal dalam 1 season. New record! Juga rekod yang membanggakan para peminat Chelsea apabila Chelsea berjaya mengalahkan top team = Liverpool, Arsenal dan Manchester United dengan mencipta kemenangan 2 kali (atau dlm bahse omputihnye, Double Trouble

Chelsea 2 Liverpool 0
Chelsea 1 Manchester United 0
Arsenal 0 Chelsea 3
Chelsea 2 Arsenal 0
Manchester United 1 Chelsea 2
Liverpool 0 Chelsea 2

        Season nie juga Drogba ditabalkan sebagai Golden Boot Winner apabila menjaringkan 29 goals, Petr Cech pun dapat Golden Glove, tapi berkongsi dengan Papa Reina. Chelsea juga masih berpeluang utk mencipta kejayaan berganda pada season ini apabila mereka akan turun menentang Portsmouth atau gelaran manjanya, Pompey utk Final Piala FA pada 15 May ini. Apa2 pun, hati aku sudah cukup gembira apabila menyaksikan peristiwa di bawah ini :




p/s : rasa cam seminggu nie, nak pakai baju kaler biru je utk pergi kerja  :DDD

0 comments: