Photobucket

Wednesday, September 23, 2009

rindu kawan sekolah..

Pagi tadi pukul 11 aku pergi beraya umah bestfriend aku masa skolah, syikin aka kisya..(tp aku panggil key-chap XD )

itulah rumah pertama aku beraya pada aidilfitri tahun nie.. setelah raya ke-4 baru nak keluar rumah beraya :DD

Actually plan nk beraya umah kawan2 nie sudden plan sebenarnya. Semalam pukul 11 pm, key-chap sms aku kata nk pergi beraya ramai2..tapi malangnya hari ni aku n key-chap je yg available. Pas aku g umah key-chap, key-chap pula buat kunjungan balas ke rumah aku. Tepat jam 1pm, kami berdua pun bergerak ke umah Salmi MANJA(school-mate). Nasib baik Salmi MANJA ada di rumah (key-chap dah buat appointment dgn dia semalam :D) Ayat pertama Salmi MANJA bila kami sampai di rumahnya, " Korang berdua je? Mana orang lain? Korang tak kawan dengan orang lain ke?" Hampess je ayatnya..Hahaha

Seingat aku, kali terakhir kami pergi umah Salmi MANJA adalah 6-7 tahun yang lepas iaitu selepas SPM. Bayangkan sudah lama kami tidak berjumpa dengan tuan rumah! Biasalah, bila dah lama sudah tak berjumpa, macam2 yg kami borakkan. Dari perkembangan terkini hinggalah kenangan di zaman sekolah menengah dulu2. Terlalu banyak kenangan pahit manis dilalui semasa zaman2 innocent dulu. Sempat juga kami berbincang ttg perkembangan terkini kawan2 sekolah dulu.
Maklumlah tak semua kawan2 sekolah masih keep-in-touch antara satu sama lain. Masing2 sudah sibuk dengan agenda masing2. Tapi sejujurnya, aku amat merindui zaman persekolahan dulu. Teringin nak berjumpa dengan kawan2 sekolah. Memang terlalu banyak kenangan manis selama 5 tahun aku belajar di SMK Convent Klang itu. =)




Key-chap & Salmi MANJA =)

0 comments: